Hi anonymous....!!
Terima kasih sebab sudi masuk ke blogs "Team Cari Duit - duitmasyuksetiaphari.blogspot.com". Satu lagi Project By Moreacescyber® - For A Better Life. Blogs ini bertujuan memberi maklumat terkini tentang perkembangan dunia perniagaan internet. Bukan bertujuan untuk menipu mana-mana pihak.
Berbalik kepada tajuk "Scam or Not Scam...?" saya sarankan kepada 'newbie' @ peneroka-peneroka baru dalam bidang perniagaan internet supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis yang diberikan oleh penjual-penjual di internet. Tapi, saya tak kata semuanya tidak elok. Cuma, sebelum melaksanakan sesuatu transaksi bagi pembelian @ pendaftaran dalam mana-mana laman web yang menawarkan peluang menjana pendapatan, ebooks, bekerja dari rumah, affiliates, atau sebagainya. Buat kajian yang mendalam terlebih dahulu agar anda tidak diperdaya oleh janji-janji manis yang ditawarkan. Yang paling penting sekali, jangan cepat sangat terpedaya yang anda akan jadi jutawan dan sebagainya terutama dalam laman web HYIP - High Yield Investment Program. Saya sendiri pernah rugi lebih USD1000. Apa boleh buat, dah nasib. Pelaburan internet juga adalah haram bagi orang Islam. Jangan sesekali terjebak dengan 'saham neraka'. Carilah keredhaan dari Allah s.w.t.
Baiklah, untuk mengkaji sesebuah laman web yang menawarkan peluang menambah pendapatan, cuba buat sedikit kajian dengan "Gooogle". Contoh :- search kat google samada program tersebut tipu atau tidak. E.g: "list of scam survey", "list of scam PTR". Banyak laman web seperti 'Pay To Read', 'Pay To Click', dan sebagainya menawarkan sejumlah duit yang banyak kepada user yang mendaftar. Contohnya,
www.numenmail.com - website ini menawarkan payout dalam bentuk check apabila user mencapai kadar minimum sebanyak USD8888. Saya pernah cuba program ini, tetapi ianya hanyalah penipuan semata-mata. Banyak lagi laman web seperti ini yang berfungsi dengan lancar tanpa sebarang syak wasangka daripada pengguna sehinggalah mereka mencapai minimum payout tetapi duitnya tak pernah dapat.
Cara lain ialah dengan menggunakan carian di
WHOIS. Tengok maklumat siapa pemilik website yang berkenaan. Setakat hari ini, saya selalu buat rujukan di laman web
SCAM (<-- klik di sini). Laman web ini adalah merupakan ruangan forum yang amat berguna bagi pengguna untuk mengetahui tentang program-program atau laman web yang melakukan penipuan. Contohnya, scam surveys, scam PTR, scam job opportunity, scam email, scam lotto, dan sebagainya.
Sekian sahaja buat kali ini, teruskan menyokong blogs ini. Sebarang cadangan, pendapat dan sebagainya emailkan kepada dimanakauduit@gmail.com. Saya akan cuba untuk menambah maklumat terkini yang anda akan peroleh secara percuma dalam ruangan blogs ini.
Best Regards,
Team "Moreacescyber® Project - For A Better Life"
:: Wonderful Life Of Mine :::: H & K Computer Sales & Services ::